Wednesday, October 08, 2008

SEKITAR MAJLIS JAMUAN AIDILFITRI








Perjumpaan Alumni SMKDSA Kali Pertama

TARIKH : 03 OKTOBER 2008
HARI : JUMAAT
TEMPAT : DEWAN SERBAGUNA SMKDSA, KUALA NERANG
JAM : 04.00-06.00 PETANG

Ini lah kali pertama pihak sekolah dan PIBG SMK Dato' Syed Ahmad menganjurkan majlis jamuan aidilfitri. Difahamkan ianya bertujuan untuk menghimpunkan seramai mungkin bekas-bekas pelajar SMK Dato' Syed Ahmad bagi menubuhkan Persatuan Alumni SMKDSA. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah dan PIBG diatas inisiatif ini. Diharap pada tahun-tahun hadapan majlis ini dapat diperkemaskan lagi melalui hebahan dan maklumat secara lebih menyuluruh. Semoga majlis seperti ini dapat merapatkan kembali ukhuwah dan pertalian sesama manusia antara bekas pelajar dan pihak PIBG sekolah. Sekali lagi sekalung tahniah kepada semua yang terlibat ..
Majlis aidilfitri Alumni SMKDSA berlangsung di Dewan ini.

Pelbagai juadah istimewa di sediakan untuk para tetamu.

Boleh dikatakan semua bekas-bekas pelajar yang sudah berumahtangga memeriahkan majlis ini bersama anak-anak dan isteri masing-masing.

Bermaaf-maafan sambil bertanya khabar.