HARI : JUMAAT
TEMPAT : DEWAN SERBAGUNA SMKDSA, KUALA NERANG
JAM : 04.00-06.00 PETANG
Ini lah kali pertama pihak sekolah dan PIBG SMK Dato' Syed Ahmad menganjurkan majlis jamuan aidilfitri. Difahamkan ianya bertujuan untuk menghimpunkan seramai mungkin bekas-bekas pelajar SMK Dato' Syed Ahmad bagi menubuhkan Persatuan Alumni SMKDSA. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah dan PIBG diatas inisiatif ini. Diharap pada tahun-tahun hadapan majlis ini dapat diperkemaskan lagi melalui hebahan dan maklumat secara lebih menyuluruh. Semoga majlis seperti ini dapat merapatkan kembali ukhuwah dan pertalian sesama manusia antara bekas pelajar dan pihak PIBG sekolah. Sekali lagi sekalung tahniah kepada semua yang terlibat ..
Majlis aidilfitri Alumni SMKDSA berlangsung di Dewan ini.
Pelbagai juadah istimewa di sediakan untuk para tetamu.
Boleh dikatakan semua bekas-bekas pelajar yang sudah berumahtangga memeriahkan majlis ini bersama anak-anak dan isteri masing-masing.
Bermaaf-maafan sambil bertanya khabar.
5 comments:
Zahirin ni adik Lan Che man ke? Teruskan usaha murni saudara ni..batch kami semua dah daftar dah pada hari ALUMNI, harap semua dapat join..
yup .., yein adik lan che man, harap2 alumni yg depa nak buat tu berjalan lancar., apa info bgtau la aku sama .., tq
Syabas kepada penganjur. Saya adalah bekas pelajar SMDSA ( masa kami tak ada K lagi). Saya pelajar tahun 1971 (tingkatan 1) hingga 1975. Pernah menjadi ketua pelajar pada 1975. Saya amat sokong usaha ke arah penubuhan alumni SMKSA.
Hubungi saya :
nasirhm2@yahoo.com.my
ooo.ni yg duk tang bendang raja tu ya?
http://alumnismdsa.ning.com khusus diwujudkan bagi menyambung kembali hubungan persahabataN bagi bekas pelajar SPM 1992 / STPM 1994. Oleh itu bagi pelajar yang berkaitan djemput untuk meyertai
Post a Comment